Tuesday, April 2, 2013

Projek Tudung Syria Recycle Cik Hawa

Niat nak wujudkan blog yang berilimiah ni dah lama..
Cuma disebabkan asyik nanti-nanti yang menyebabkan niat ni asyik tertangguh..
Saya bukanlah pandai orangnya..dan bukan nak tunjuk pandai...atau bukan menunjuk-nunjuk..
Tapi saya nak share apa yang saya tahu pada semua orang..
Blog tutorial menjahit dalam bahasa melayu adalah amat sedikit..
Kebanyakan semuanya dalam bahasa inggeris..
Dan kebanyakannya susah betul nak jumpa tutorial menjahit pakaian apa yang saya suka pakai..
Untuk makluman, saya tidak pernah belajar menjahit di mana-mana sekolah atau institusi latihan..
Saya belajar menjahit sendiri kerana minat..
Jadi, jika ada tutorial menjahit saya ini yang tersilap langkah atau ada yang tak betul, haraplah dapat dimaafkan. Ini kerana saya lakukannya mengikut cara saya. 

Blog ini juga tidak hanya menumpu dalam bidang jahitan sahaja..saya juga akan selitkan dengan nota-nota bidang ilmu pengukuran yang berkaitan dengan bidang kerja saya.. Semoga Allah kuatkan iman saya untuk meneruskan perjalanan blog ini... 

Okey, takmo pot pet banyak..
 Ni adalah contoh tudung yang saya tidak gunakan lagi.
Memandangkan dekat pasaran susah betul saya nak mencari tudung syria budak utk dipakaikan anak saya Si Hawa, jadi timbullah idea ini..
Saya ambil tudung syria saya yang tidak digunakan lagi untuk diolah menjadi tudung budak..

Ok..gambar di bawah menerangkan segala-galanya..
=)..
Harap dapat faham..=)

Cara-cara membuat tudung syria budak.



















No comments:

Post a Comment