Sunday, April 7, 2013

Blue Project - Baju Melayu Adam

Okey, kain biru ni adalah kain cotton.
Aku beli kain ni 2 meter dan cadang nak buat blaus aku.
Tapi, berubah fikiran pulak untuk buat baju melayu Adam.
Ini disebabkan baru-baru ini, PASTI Adam diwajibkan memakai baju Melayu pada hari Jumaat manakala yang perempuan kena pakai baju kurung.
Si Adam pulak, hanya ada satu jer baju Melayu.. Dari hari tu, aku nak beli, baju Adam tapi asyik tak sempat jer nak gi ronda Tg Malim. TU sebeblah aku rajinkan juga untuk buat baju Melayu dia ni..
2 meter ni cukup-cukup jer untuk buat baju dia, tapi kena sambung sikit tang seluar..huhu..

Kali ni, aku potong memang tak ada formula...
Aku main hentam ikut baju contoh..
Maklumlah nak copek punyo kojo..
Sebenarnya kalau mcm ni lagi senang..
Kalau ikut formula tu..sampai pening aku dibuatnya..
Ikut ukuran contoh baju senang sikit, tapi kena ambil baju yang sedap dipakailah..
So..layanzz..
Stakat ni, seluar dah siap..
Baju pulak..aku akan buat nyambil-nyambil minggu ni sebelum hari Jumaat..
Sebab nak tgok Adam pakai Jumaat ni..
Yahooo...

Okey, enjoy!
 (aku update sket2, maklumlah buat tutorial bila aku ada masa jer...ni pun gagahkan juga...huhu, kalau tunggu nanti-nanti memang tak jalanlah aku punya tutorial ni.. )

Sila klik gambar untuk besarkan..

Ambil ukuran baju iaitu panjang dan lebar baju.
Kain yang hendak dipotong hendaklah dilipat dua.
Jangan lupa baki/basi baju untuk kita jahit tepi. Agak2lah..Kalau orang baru nak jahit better lebihkan 1 inci..
huhu..senang kalau jadik apa-apa

Lepas tu..aku lipat dua (bahagian memanjang) sebab untuk memudahkan aku gunting sekali kat bahagian lengan.

Ni cara aku nak tandakan ukuran lengan. 
Ni orang kata cara sempoi....main tanda-tanda jer ikut suka..
Kalau ikut ukuran atau formula ada dia punya cara..

Bila dah tanda..sambungkan garisan yang ditanda tu..
Ni kena guna cara agak-agak...Aku agak-agak guna pembaris L tu..
Kena konpiden..ekeke..Kalau salah, carik kain lain..hahaha...gunting balik

Dah siap gunting bahagian badan, kena gunting bahagian lengan pulak...
Aku paling tak suka bahagian lengan
sebab agak payah...Gunting senang..tapi bila nak jahit tu yang payah...nak kena matchkan betul-betuk supaya lengan boleh masuk dekat badan..
Berpeluh gak...time nak jahit..maklumlah aku tak expert

Ini cara yang buat time nak buat pola lengan

Ini cara nak buat lengkuk lengan tu..
Ni pun aku main bedal jer..ikut apa yang aku baca..

Tarra...siap pola lengan..

Then...potong..
Then, masa aku nak jahit lengan ni ke bacan memang ada problem sikit masa nak cantumkan..
Pangkal lengan tu macam besar sgt..
otter punya otter... Buat sampai ngan...Jadik gak..
huhu..
Ini kalau terjadik pada korang...jawapannya pandai-pandailah otter..

Skang ni nak jahit pulak baju...Kisah potong seluar nanti dulu..
Citer pasal baju dulu k..
Mula-mula jahit kat garisan bahu tu..

Lepas dah jahit kedua-dua belah..
Ambil cth lubang leher budak..
Ala...ukuran leher budak ni aku lupalah berapa cm.. Bab lain nanti aku terangkan mcm mana nak paten lubang leher ni eah..
Acukan ...then gunting..mcm gambar sebelah kanan ni..
Cantikkan...hehehe

 Then bentangkan...ukur pulak nak belahkang tang leher tu..Caranya spt di bawah..Then, gunting.

Then, buat pulak dia punya kain keras untuk diletakkan di belahan kat leher yang kita guntingkan tadi..

Masa, aku nak jahit tang leher ni..bateri aku sipi-sipi nak habis..
Elok jer nak jahit...Pup habis..
Huhu..yang tang leher ni..nanti aku buat bab lain eah..
huhu...Pas jahit leher..jahit kocek pulak...
Tang kocek jer aku sempat..

Friday, April 5, 2013

Pengenalan Teknologi Penentududukan


TEKNOLOGI PENENTUDUDUKAN


     1.  Cerapan Bintang
  • Semasa belajar di universiti, ia dipanggil Field/ Geodetic Astronomi
  • Cerapan suria ialah salah satu kaedah lapangan astronomy bagi penentuan azimuth yang diadaptasi bagi kerja ukur kadaster
  • Cerapan pada bintang bagi penentuan azimuth adalah kaedah yang lebih tepat tapi perlu dibuat pada waktu malam

    2.   Triangulation / Trilateration
  • Sistem triangulasi MRT di Semananjung dan Timbalai di Sabah/ Sarawak oleh Seksyen Geodesi/Topo, JUPEM
  • Cerapan sudut sahaja dan beberapa ukuran jarak, cerapan geodetik astronomi dibuat bagi penentuan latitud dan longitud di titik dataum sahaja
  • Stesen Kertau dan Timbalai telah membentuk Jaringan Peringkat Pertama / 1st Order Network
  • 4 peringkat iaitu tringulasi lama-->Triangulasi Utama (repsold)---> Malayan Revised triangulation (MRT48)---> Triangulasi Utama (Geodetik) Semananjung Malaysia  (MRT68) dan Triangulasi Sabah & Sarawak (BT68) dilaksanakan dalam tiga peringkat

    3.   Terabas/ Traversing
  • JUPEM Negeri melaksanakan ukuran Terabas Piawai untuk menghbungkan stesen triangulasi sebagai Jaringan Peringkat Kedua/ 2nd Order Network (Rujuk Survey Regulation 1967
  • Kerja Ukur Kadaster perlu diikat pada Terabas Piawai. Ini adalah the true spirit of network densification iaitu 1st to 2nd, 2nd to 3rd dan membentuk coordinated cadaster
  • Coordinated cadaster bukan satu perkara baru, ianya sudah wujud dalam survey Regulation 1967, namum sukar dilakukan dengan Teknologi yang ada pada masa itu. Disebabkan itulah, wujud pelbagai jenis koordinat dalam kerja ukur kadaster yang merangkumi aspek tegar, plotan dan sistem

     4. Radio/Radar Postioning
  • Kebanyakannya ia digunakan dalam bidang offshore surveying, developed after 2nd World War

     5. Inertial Positioning
  • Mostly used in Airborne/ Plane or moving platform navigation system. Contohnya pada Mobile survey System

    6.  Satellite Postioning
  • Doppler GPS, GLONASS, GNSS
  • Developed primarily for military purpose
  • JUPEM dan industry ukur di Malaysia mula menggunakan Teknologi satelit Doppler pada tahun +1980
  • Beberapa stesen MRT dan Timbalai dicerap menggunakan satelit Doppler dan koordinat WGS84 ini digunakan untuk mengukuhkan sistem MRt dan Timbalai
  • Sistem GPS digunakan dengan meluas di Malaysia pada sekitar tahun 2000
  • Sekarang dah tahun 2013, infrastuktur GPS di Malaysia sudah dibangunkan dengan pesat. Even budak kecil pun dah tahu guna GPS.
- rujukan nota Prof Kamaludin bin Omar , UTM

Tuesday, April 2, 2013

Projek Tudung Syria Recycle Cik Hawa

Niat nak wujudkan blog yang berilimiah ni dah lama..
Cuma disebabkan asyik nanti-nanti yang menyebabkan niat ni asyik tertangguh..
Saya bukanlah pandai orangnya..dan bukan nak tunjuk pandai...atau bukan menunjuk-nunjuk..
Tapi saya nak share apa yang saya tahu pada semua orang..
Blog tutorial menjahit dalam bahasa melayu adalah amat sedikit..
Kebanyakan semuanya dalam bahasa inggeris..
Dan kebanyakannya susah betul nak jumpa tutorial menjahit pakaian apa yang saya suka pakai..
Untuk makluman, saya tidak pernah belajar menjahit di mana-mana sekolah atau institusi latihan..
Saya belajar menjahit sendiri kerana minat..
Jadi, jika ada tutorial menjahit saya ini yang tersilap langkah atau ada yang tak betul, haraplah dapat dimaafkan. Ini kerana saya lakukannya mengikut cara saya. 

Blog ini juga tidak hanya menumpu dalam bidang jahitan sahaja..saya juga akan selitkan dengan nota-nota bidang ilmu pengukuran yang berkaitan dengan bidang kerja saya.. Semoga Allah kuatkan iman saya untuk meneruskan perjalanan blog ini... 

Okey, takmo pot pet banyak..
 Ni adalah contoh tudung yang saya tidak gunakan lagi.
Memandangkan dekat pasaran susah betul saya nak mencari tudung syria budak utk dipakaikan anak saya Si Hawa, jadi timbullah idea ini..
Saya ambil tudung syria saya yang tidak digunakan lagi untuk diolah menjadi tudung budak..

Ok..gambar di bawah menerangkan segala-galanya..
=)..
Harap dapat faham..=)

Cara-cara membuat tudung syria budak.