Nota aku ni sesuai untuk yang memang tak tahu apa-apa pasal ukur.. Mana-mana yang dah otai tu, jika ada apa2 kesilapan haraplah tegur eah.. kadang-kadang tak perasan dan tidak disengajakan.
PENGENALAN
Bila kita sebut pasal aras ni, otomatik kita dah tahu aras tu berkait ngan apa kan.. aras tu memang adik beradik dan sedara mara dengan ketinggian. Dua benda ni memang tak dapat dipisahkan. aras =tinggi, aras tinggi.. tinggi meter...so, kita main-main dengan figure tu jerlah kalau belajar ukur aras.
Ukur Aras - Kaedah penentuan tinggi rendah sesuatu titik di atas bumi berbanding dengan titik rujukan – DATUM
Setiap titik dekat atas muka bumi ni ada nilai ketinggiannya, hatta diri kita sendiri pun ada nilai ketinggiankan?... Gunung everest ada nilai ketinggian dia.. kalau yang dekat darat ni, kita panggil ketinggianlah.. Akan tetapi, jika kat laut atau sungai, tak panggil ketinggian lagi dah... tapi kita panggil kedalaman pulak..Haa..nak tentukan kedalaman lain pulak kekdahnya. Tu kena guna kaedah ukur hidrografi.. yg tu kita sembang post lain eah..
Okey, apa pula yang dimaksudkan dengan titik rujukan tu? Cth senanglah, bila kita ngukur ketinggian kita sendiri, kita start daripada nilai '0' kan?...Nilai 0 tu pulak kita ukur dari mana? Kita start ukur daripada bawah tapak kaki kita kan? Ya, nilai 0 tu betul-betul letak atas lantai bila kita ukur ketinggian kita. Jika di dalam 'term' ukur, nilai 0 ni, kita panggil 'DATUM'. Jangan tanya aku mcm mana wujudnya perkataan DATUM tu, aku bukan pakar sejarah..haha.. aku cuma kuli cabuk shj..hihi...
DATUM
DATUM - sesuatu titik / garisan / permukaan rujukan dengan nilai andaian atau nilai yang diketahui.
DATUM dalam pengukuran aras geodetik (nak tahu maksud geodetic--google dahulu eah, ianya salah satu istilah ukur berkaitan pengukuran yang melibatkan pemukaan bumi yang melengkung/ elipsoid), DATUM adalah sesuatu permukaan di mana ketinggian Tanda Aras (Bench Mark) dirujuk.
Hehehe, apa pulak Tanda Aras tu? atau dalam englishnya Bench Mark? Nanti akak tunjuk eah gambar Tanda Aras ni. Di Malaysia, JUPEM bertanggungjawab menentukan DATUM dan mengwujudkan jaringan kawalan pugak. (jika kawalan mendatar ia melibatkan koodinat x, y = bearing & jarak, kalau kawalan pugak ,z ia melibatkan ketinggian)
https://www.jupem.gov.my/index.php?action=produk-geodetik-tanda-aras
Contoh Tanda Aras Piawai / Standard Bench Mark (SBM)
-
Contoh Tanda Aras Biasa
Gambar di atas adalah contoh tanda aras yang dibuat oleh JUPEM. Tanda aras ni ada nilai-nilai ketinggiannya. Nilai ni boleh dibeli di JUPEM. =). So, kalau nak buat kerja ukur aras, kenalah start dengan tanda-tanda aras ni eah. Nilai batu aras yang kita starting buat kerja itulah dinamakan 'DATUM'.
Okey, nilai-nilai Tanda Aras Biasa dan Tanda Aras Piawai yang JUPEM buat ni datang dari mana pulak? hehe.. Tentulah JUPEM yang ukur dari Datum yang nilai kosong '0' tu.. Di mana letaknya datum nilai kosong '0' tu? Untuk part tu, kita sambung part 2 besok eah...
=)...
Letihlah naip...nak g toilet..tata..sok sambung..